aisyah: kamu pergi makan mana?
weng: nasi campuk *tangan tunjuk depan*
aisyah: nasi campur kat depan
weng: a-ah, kat plaza moint kiala
aisyah: oh, medan selera la tu
weng: bukan lah, food courk
aisyah: itu la medan selera
weng: apa itu medan selera...food courk lah
aisyah: ayooooo...itu food court panggil medan selera lah
weng: ya ka?
aisyah: abis, kalau bahasa melayu, food court tu apa
weng: food courk lah. kamu olang melayu selalu cakap itu food courk
-.-
weng adalah seorang rakan pejabat saya yang selalu bertutur bahasa kerana dia bilang yang bahasa inggeris dia pun lingkup...so dia selalu bertutur bahasa melayu dengan saya.
Kalau dengar, mmg kelakar...boleh buat gaduh
yang aku pulak...tak abis-abis kena gelak ngan geng pejabat/kawan aku....diorang kata aku nye bahasa dan percakapan kekadang baku. -_-"
nak buat cam mana
dah nasib badan
hohohohoh =D