Thursday, April 26, 2012

UNTITLED.....apa saya tahu, saya darah bercampur. tak tulen, tak pekat.

selalunya saya tak bercakap mengenai politik atau isu semasa berkaitan dengan negara.
bukan apa.
sebab saya sendiri pun jahil, tak tahu apa-apa.
memang cetek.

saya hidup dalam dunia saya sendiri,
saya ambil tahu cuma bila ia 'menganggu' kehidupan saya

saya bagi contoh
bila ada isu yang menyebabkan keluarga dan diri saya teramcam
sudah tentu, saya akan bertindak sebaik yang mungkin untuk tangani isu tersebut

sepanjang saya membesar
di kampung, di bandar,
di ceruk dalam negara, di luar negara,
saya banyak memerhati dan mengambil beberapa iktibar

tapi saya tidak lah sematang mana
akibat kesusahan, dan kesedihan,
saya percaya, ia menjadi 'guru' kepada perwatakan saya

dengan ini, saya ingin menyatakan kepada masyarakat:

'bernahkah anda betul-betul berjuang untuk negara?'

adakah kerana anda percaya akan satu ideologi, satu agenda,
menjadikan ia sebagai kesungguhan anda untuk menuntut hak anda

ya, saya tahu ia hak anda.
malah, saya percaya, hak anda sama tingkatnya dengan hak saya

tolonglah luaskan ilmu anda,
perluasan ilmu tersebut haruslah meliputi semua aspek.
bukan kepada satu subjek,
tapi kepada menyeluruh dan sangat teliti
ambil kira pemimpin nya, hala tuju nya dan masa depan nya

kata kamu seolah musuh kamu jelas
tapi bila ditanya, bagai lembu di tarik hidungnya

cuma ikut pada dasar,
mati lemas selepas menyelam

wahai bangsa ku, kamu mahu dijajah lagi?

sedih aku lihat kamu
sama sedih dengan air mata nenek ku semasa dia hidup dalam keadaan negara sibuk direbut kuasa, berperang dan kemusnahan

benarkah anda berjuang?
untuk negara?
untuk bangsa?
untuk agama?
untuk keluarga?


untuk pemimpin itu?


saya?
apa lah saya tahu, saya cuma budak hingusan yang tak tahu apa-apa

"fikir panjang guna akal. bukan otak yang bergolak, atau hati yang membuak"

anda sibuk 'berjuang', ada orang gembira minum teh sahaja.