Tuesday, April 24, 2012

UNTITLED.....sila tanya empunya badan

wahai mereka yang suka bertanya dan sentiasa musykil akan kehidupan saya sebagai seorang artis (lap muka, dahi kasi tepuk),
kalau anda ada sebarang pertanyaan mengenai kehidupan Aisyah Mokhtar, sila lah jangan sengan silu bertanya kabar,call atau msg handphone saya.
Insyallah, saya akan entertain sebarang issue berkaitan dengan kehidupan saya sebagai artis ini.
Saya tidak mempunyai PA, manager atau representative yang akan menjawab soalan-soalan anda.
Request ini di minta supaya agar tiada fitnah atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

1. Semenjak kejadian memfitnah saya mengandung, saya amatlah teliti dengan sebarang kabar-kabar berkaitan dengan diri saya.
2. Kalau anda nampak saya dengan budak kecil berjalan-jalan, jangan lah di membuat keputusan. Sila datang dan tegur saya. saya mampu untuk menyuruh anak kecil itu salam dengan anda.
3. siapa anak kecil yang dimaksudkan ini? pertama, saya ada Anggun Zara, berumur 2 tahun, anak kepada abang sulung saya. Dia juga baru mendapat adik baru, umur 1 bulan lebih, namanya Jelita Aisha. Kedua, buah hati intan payung saya, Isky, dan keluarganya, baru kehilangan salah satu ahli keluarga mereka minggu lepas. Arwah telah meninggalkan 2 anak lelaki yg masih kecil lagi berumur 5 dan 3 tahun. Mereka berdua telah pun saya anggap seperti anak kandung sendiri.
4. Berat badan saya adalah 68.9kg sekarang. Maka, ramai lah menegur kenapa la artis fofular ini debab sangat. Hai.....debab pun salah. aku ada ke makan makanan korang? payah nak layan org yg suka nak tanya lebih kenapa aku tambah berat badan. Bila di jawab aku kuat makan, ditanya lagi lebih-lebih.
5. Sebenarnya, asal aku menambah berat badan bermula semasa saya sakit kulit yang tragis teruknya. pakar kulit kpj damansara telah menyesorkan saya untuk makan ubat dan salah satunya adalah ubat steriod. Maka selera saya bertambah yang amat, dan kini susah sungguh untuk berhenti nafsu kuat makan saya.
6. tempat keja baru. sapa yang nak bertanya ttg tempat kerja baru saya, tolonglah tanya tuan empunya badan. tak yah lah nak tanya kawan sebab yang keja nye saye, bukan kawan saya.
7. saya sekarang berkerja dengan sebuah syarikat enterprise IT yang deal dengan barang-barang komunikasi, termasuklah Apple. Tapi bahagian enterprise sahaja. bukan retail atau public. ada beze cik kak oi. jangan salah faham.

maka dengan ini, saya harap, peminat-peminat setia saya yang kuat bercakap (dalam erti kata lain-mengumpat) bolehlah membaca dan menambah ilmu informasi berkenaan Aisyah Mokhtar aku marah gila tak ingat dunia, sebab aku baru dapat tahu satu issue yang sangat membuat aku kecik hati.
kenapalah ko tak tanya aku, kenapa harus ko tanya kawan ko/aku. kita berkawan yang baik, bukan kawan atas dasar stakat kenal gitu-gitu.

haih...sedih benor aku ko tak telefon tanya, tapi ko tanya dan 'bercakap' dgn kawan kita je. 
pusing-pusing, situ gak dunia kita. tak yah gi jauh-jauh. saya kat sini je.

harap kita ambil ikhtibar. saya tulis ni pun bukan nak menyalakan api, tapi untuk menerangkan situasi sekarang.
Kalau misalnya anda kecik hati saya tidak lagi banyak meluangkan masa berkawan, bukan itu juga yang saya mahu. kalau saya tak sibuk, sudah tentu saya luang kan masa untuk anda, kawan.

menjadi ibu angkat, teman hidup, kakak, adik, perkerja, anak, cucu, ahli kebajikan dan sahabat sangat susah kalau serentak. anda cuba kalau nak merasa.
sangat sedih dan sayu kalau orang yang kita anggap kawan boleh bertindak sedemikian rupa.

Saya amat harap dan berdoa agar dihindari anasir negative dan minta diberkati. Harap kawan-kawan saya benar-benar berkawan dengan saya penuh ikhlas seperti mana saya berkawan dengan mereka. Saya tidak pernah berharap pembalasan. mmg saya penuh niat berkawan. ini mungkin sebabnya saya sedih dan menulis entry blog ini.

sekian, terima kasih.






majulah sukan untuk negara!