Tentang satu pagi dimana aku didalam keta
Menuju ke tmpt keja
Tiba disuatu jalan, tempat yang sama
Dalam keadaan sesak lalu lintas yang lebih kurang sama
Aku teringat akan satu doa yang telah aku ucapkan
Lalu aku menitiskan air mata kesyukuran
Akan rasa yang telah dikurniakan pada waktu itu,
Berbanding dengan perasaan negatif yg ada pada masa doa itu di lafazkan
Aku teramat ingat
Perasaan yang ada semasa aku ucapkan doa tersebut
Rasa kosong, sedih tak terhingga
Akan menyesal keadaan semasa
Dimana aku rasa sunyi,
Tak ada teman disisi,
Untuk bercerita suka duka, lara diri
Pada ketika itu,
Aku teringatkan nenek aku pernah bercerita
Akan dimana dia berniat
Akan dimana dia berdoa
Moga hati dia terbuka, untuk menerima si jejaka
Atuk ku datang, dia terima
Dan walau pada masa itu, neneku sudah dikira lanjut usia
Nenek kata berdoa sahaja
Ditanam dihati, bila disebut , jangan dipersia
Lalu pada masa itu,
Akan rasa sedih yang teramat, tidak terhingga
Dengan penuh kekesalan, penuh kusyuk,
Penuh niat, sepenuh hati
Aku menangis, berdoa kepada Dia
Doa nya berbunyi
“Ya Allah, ya Tuhanku. Tuhanku yg Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Aku panjatkan doa kepadaMu. Sepenuh hatiku, seikhlas nada sedihku. Aku telah berdosa dengan meletakkan seorang lelaki diatasMu. Dan bila aku berduka, putus, dia tiada, baru ku teringat akanMu, Tuhanku yang Satu. Memang aku tahu aku tidak layak setinggi mana. Aku malu berdoa kepadaMu, waktu susah sedih baru ku teringat akanMu. Tetapi dengan ini aku niat sepenuh hati ku. Aku pohon sepenuh sedih ku. Kalau la benar jodohku diluar sana, ada pun sungguh jodoh suami ku, aku berniat:
Aku tidak kisah asal-usulnya, harta-karunnya, tinggi benar pangkatnya. Aku berniat agar dia baik hati, terima aku seadanya. Ikhlas dia benar mencintai aku, menyanyangi aku dan keluargaku, ingin benar membimbingku ke jalanMu, lalu menjadikan aku isterinya yang satu, ayah yang baik kepada anak-anakku, contoh moyang teladan cantik kepada generasiku.
Diminta moga hatiku terbuka menerima dia. Dan bila aku mendapat dia sebagai suamiku, sesungguhnya, aku benar-benar berniat, bila dia memberi kurumah berteduh, aku ku jaga bersih rumah itu. Bila dia memberiku zuriat yang sihat, akanku didik mereka sebaik-baiknya. Bila dia beri aku cinta, akan ku jaga dia sehingga tamat usia.
Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku tidak kisah lelaki mana. Asalkan baik hatinya. Dan aku seorang cinta dihatinya”
Ya, itulah dia doa aku
Sungguh aku tak tipu, benar-benar aku berniat
Saat itu, aku memang sedih dan aku beringat
Aku doa sepenuh hati, memang ikhlas, niat buruk tiada
Cuma ingin rasa nikmat bercinta, tapi berlandaskan agama
Minggu yang sama,
Malam Jumaat itu, pergi makan bersama teman lama
Sudah dua tahun kenal, tapi tak pernah nak tahu akan lanjut berita
Pada malam itu juga
Telah aku saksikan
Betapa baik hatinya, ikhlas
Menasihat kawanku, dengan penuh berwibawa
Lalu aku tiba-tiba berkata
Bisik hatiku, mula bercerita
“baiknya dia….memang baik hatinya”
Esok hari ku menghantar adikku ke kolej
Adikku tiba-tiba ingin bertanya
Akan soalan mengenai Adam,
Apa perlu dibuat, kalau hati mahu si dia.
Aku pun bernasihat,
“kalau jumpa lelaki yg baik, tahu dia ikhlas dan indah budi perkertinya…kita Hawa harus terus bertanya, tak payah tunggu si dia. Kita mulakan, dan niat moga menjadi, Insyallah bersama”
Tetiba, ya, wajah si lelaki kawanku menjelma
Sungguhku terkejut, sungguh tidak disangka
Namun ku pendam, tidak mahu fikir apa-apa
Hari berlalu, tapi hatiku masih bertanya
Kalau aku mengajak si dia,
Mahukah dia terima? atau aku mungkin malu tak terhingga?
3 hari berlalu, pada Isnin berikutnya,
Aku pun teragak-agak
Lalu aku hentam terus mengajak
“Sudi tak mahu makan tengahari denganku, atau minum kopi bersamaku pada hujung minggu”
Bayangkan perasaanku,
Aduh malu kejap, takut dia buat tak tahu
Bila dia membalas…
=)
*aku tersenyum*
Itu saja yang mampu ku gambarkan perasaanku
Sedikit ada, memang aku keliru
Akan hati aku pada masa itu
Kami cuma berkawan,
Tapi hati riang, mahu sihat, mahu berkawan
Dan bila satu pagi dimana aku didalam keta
Menuju ke tmpt keja
Tiba disuatu jalan, tempat yang sama
Dalam keadaan sesak lalu lintas yang lebih kurang sama
Aku teringat doa itu yang telah aku ucapkan
Lalu aku menitiskan air mata kesyukuran
Akan rasa yang telah dikurniakan pada waktu itu,
Berbanding dengan perasaan yg ada pada masa doa itu di lafazkan
Percaya atau tidak,
Dia sebenarnya minat juga kepadaku,
Dua tahun yang lalu
Cuma dia takut, dia malu,
Tak berani dekat dengaku
=)
Syukur aku, memang ku bersyukur
Allah telah buka pintu hatiku,
Untuk bertanya, dan sedikit berusaha
Niat ikhlas, doa tak mahu dipersia
=) Dan doa seterusnya adalah untuk sejahtera, kita berdua
Amin dan Syukur…..
Hasil tulisan Siti Aisyah bt. Mohd. Mokhtar, pada 2hb 10 2010, pada pukul 2.40pagi, di fikirannya hanya bersyukur pada Allah, di hatinya hanya cinta pada si dia =)