Sunday, March 6, 2011

TIDAK BERTAJUK....kalau saya bertutur dalam bahasa melayu

'aku nak balik pejabat jap...'
ayat ini penyebab aku jadi bahan

'saya nak tempah, boleh?'
ayat ini pun penyebab aku jadi bahan

hanya sebab aku guna perkataan 'pejabat' dan 'tempah'
orang melayu sendiri gelakkan aku

bila aku bertanya, kenapa gelakkan aku,
mereka bilang

'mana ada orang guna perkataan tu. plus, kalau dengar, kelakar....'

huh?

'orang skang guna ofis'

'orang tak guna tempah, just say i wanna order for tomorrow'

keliru aku, sungguh keliru

masa aku kecil
aku diejek

rambut aku kerinting,
mata aku coklat
kalau orang pantas bercakap bahasa melayu dengan aku,
aku lansung tak faham
darjah dua, aku masih tak tahu eja lori

masa aku remaja
aku kena bahan
kalau tak tahu masak lemak cili api, kena cemuh dalam kelas
aku panggil kuih keria, kuih donut - makcik kantin kecoh satu sekolah aku tak tahu nama kuih

ya, aku tak tahu banyak
tapi itu bukan penyebab untuk orang melayu sendiri gelakkan orang dia

aku melayu
mungkin separuh
mungkin penuh

apa yang boleh kamu semua hakimi kalau orang itu melayu atau tidak?

dari segi bahasa?
tata tertib?
pakaian?
agama?
suara lantang?
sawa matang?
mata bulat?
rambut ikal mayang?

maaf aku terlampau marah
dari kecil, sampai hari ini
kaum aku sendiri gelakkan aku
aku tak faham

satu ketika dulu aku memakai baju kebaya hitam
nenek aku bilang
"cantiknya cucu aku pakai kebaya, betul cantik"
aku bangga
selalu aku pakai baju lain, tak pernah nenekku puji

atuk angkat aku suruh aku pakai selendang
"cucu kena pakai seledang,tahu. baru nampak ayu"

konsert pertama aku,
konsert keroncong hetty koes endang,
dibawa oleh ibu ku

aku tidak lagi memperkenalkan diriku, kepada mereka yang baru, dengan nama panggilan syasya
aku mahu mereka panggil aku aisyah
maksud aisyah ialah
orang yang hidup bahagia
aku bangga ada nama sebegitu rupa
dan ini pesan ayah aku juga

adakah kalau muka aku lebih cenderung ke arah keturunan bugis melaka aku, kamu semua tak memperlekehkan aku?

maaf
aku memang dalam keadaan marah

lebih marah
bila yang tegur dan gelakkan aku itu suka berbicara pasal isu melayu
mereka sayangkan bangsa mereka
tetapi gaya, ada masa, tidak kena

*sekali lagi, aisyah mohon maaf kalau ada yang tersinggung/marah/makan hati akan penulisan aisyah*

saya sangat sayangkan semua
keturunan, keluarga
bangsa dan agama

dan saya masih belajar
ingin belajar
paling penting, memahami