mari,mari
kita berlari
lari jauh
mengikut hati
pada bulan di lontarkan batu
pada hati salurkan rindu
aku berkira hari demi hari
satu saat rasa terhenti
tiap saat aku terfikir
akan kewarasan minda, hati dan diri
benar sungguh aku rasa kaku
pada rasa yang buat ku membunuh
sayang aku pada tanah
kepakku mahu terbang, kaki ku bernanah
tebar aku segulung tikar
sujud aku niat beikrar
sungguh aku malu meminta
moga hati tenang, selesa dijiwa
ini untuk malam-malam tidur ku tak penuh
bangun mimpiku masih mengeluh
dalam hatiku cinta tak jenuh